the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
26.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Agong puas hati dengan persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2024 – Fahmi

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan rasa puas hati dengan persiapan sambutan Hari Kebangsaan ke-67 yang akan berlangsung Sabtu ini, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Fahmi berkata beliau dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa mempersembahkan taklimat mengenai persiapan sambutan itu kepada Seri Paduka Baginda di Istana Negara semalam.

“Tuanku berpuas hati dengan persiapan dan tidak ada apa-apa perkara yang luar daripada jangkaan, insya-Allah,“ kata Fahmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 dalam sidang media di sini hari ini.

Menyentuh tentang persiapan dari segi kelancaran capaian Internet, Fahmi berkata sebanyak 36 kenderaan “Cell on Wheels” (COW) disediakan oleh syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi di sepanjang lokasi perbarisan bagi menampung jumlah kehadiran pengunjung yang tinggi.

Fahmi berkata capaian Internet di pusat media juga ditambah baik menerusi beberapa titik akses dan wi-fi memandangkan aduan yang diterima tahun lepas berkaitan dengan kualiti capaian yang kurang baik.

Beliau berkata laluan ke Core Island iaitu lokasi perbarisan kontinjen akan ditutup pada 31 Ogos dan orang ramai diminta mengambil pengangkutan awam yang disediakan antaranya bas dan teksi air.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini diadakan di Dataran Putrajaya dengan tema “Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka”.

Ia dianjurkan di Putrajaya buat julung kalinya pada 2003, seterusnya pada 2005, 2018, 2019 dan 2023.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shootout traps tourists at Rio sunrise lookout

Dozens of tourists were caught in a gun battle between police and drug traffickers at a popular Rio de Janeiro sunrise viewpoint, the second such incident this year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings