the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
26.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

AKPS patahkan cubaan seludup ganja RM204,000 di ICQS Bukit Kayu Hitam

ALOR SETAR: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan berjaya mematahkan cubaan penyeludupan dadah jenis ganja bernilai RM204,000 di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam.

Operasi itu dilakukan terhadap sebuah lori tangki pada pukul 11.25 malam semalam.

Pemeriksaan awal mendapati enjin lori tersebut masih hidup walaupun tiada pemandu berada di tempat kejadian.

Pemeriksaan lanjut di bawah tangki lori itu berjaya menemui dua kotak berwarna coklat yang dibalut dengan plastik lut sinar.

Kotak tersebut disyaki mengandungi ketulan daun kering yang dipercayai merupakan ganja.

Sebanyak 65 ketulan daun kering bernilai anggaran RM204,000 telah berjaya dirampas dalam operasi tersebut.

Lori tangki yang digunakan dalam cubaan penyeludupan itu turut dirampas dengan anggaran nilai RM250,000.

Kesemua barang rampasan telah diserahkan kepada Unit Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia Kedah untuk siasatan lanjut.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39(b) Akta Dadah Berbahaya 1952.

AKPS berikrar untuk terus mempertingkatkan operasi pemantauan, pengesanan dan risikan di sempadan negara.

Langkah ini bagi memastikan sempadan negara sentiasa selamat daripada ancaman jenayah terancang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Fahmi seeks bipartisan support for AG-PP separation bill

The government hopes to secure two-thirds majority backing from MPs, including the opposition, for the Constitutional (Amendment) Bill 2026 on separating the roles of the Attorney-General and Public Prosecutor.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings