the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Amang seksual: Inspektor polis akan ditahan kerja

JOHOR BAHRU: Pegawai polis berpangkat inspektor yang ditahan selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun pada 22 April lepas akan dikenakan tindakan tahan kerja.

Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata tempoh reman lelaki berusia 29 tahun itu bermula 23 April lepas tamat hari ini dan dia akan dibebaskan dengan jaminan polis.

“Suspek dalam proses tindakan tahan kerja dan surat tahan kerja akan diedar selepas mendapat arahan daripada Bukit Aman.

“Tindakan tahan kerja akan dikenakan sehingga mendapat keputusan kes di mahkamah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

Lelaki terbabit ditahan di sekitar Seri Alam, di sini pada 22 April selepas laporan polis dibuat mangsa pada hari sama kejadian dipercayai berlaku di kawasan Taman Johor Jaya, di sini.

Beliau berkata lelaki itu yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings