the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 22, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Anggota polis maut dilanggar kereta di Ipoh dalam perjalanan bertugas

Koperal Mohd Hafizan Othman, 33, maut akibat kemalangan motosikal dengan kereta di Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh, petang tadi

IPOH: Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Sultan Azlan Shah di sini.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kejadian berlaku pada pukul 3.30 petang.

Mangsa dikenali sebagai Koperal Mohd Hafizan Othman, 33, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari rumah ke tempat bertugas di Balai Polis Kampung Rapat,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, motosikal jenis Yamaha itu bergerak lurus di Jalan Sultan Azlan Shah ketika kejadian.

Sebuah Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki warga emas telah membelok ke kanan dari Jalan Lengkok Harimau di kawasan larangan.

“Ini menyebabkan perlanggaran antara kedua-dua kenderaan,” jelas Abang Zainal Abidin.

Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden itu.

Mayat mangsa telah dihantar ke Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories