the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan pelajar dalam kes Zara Qairina

Bekas pengetua SMKA Tun Datu Mustapha beri keterangan di mahkamah, tidak tahu kewujudan pernyataan bertulis lima pelajar sebelum diserahkan polis

KOTA KINABALU: Bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Shaharom Hashim memberitahu Mahkamah Koroner hari ini bahawa dia tidak tahu mengenai kewujudan pernyataan bertulis saksi lima pelajar berkaitan kematian Zara Qairina Mahathir.

Saksi ke-47 yang dipanggil semula untuk memberi keterangan hari ini berkata dia hanya mengetahui tentang pernyataan bertulis lima saksi pelajar itu selepas ia diserahkan kepada polis.

“Saya cuma mengetahui ada pernyataan saksi pelajar pada 16 dan 17 Julai, setelah pernyataan itu diserahkan kepada pihak polis,” katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan hari ini.

Menjawab soalan Peguam Shahlan Jufri yang mewakili ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, mengenai dua laporan yang dibuat pihak sekolah berhubung kejadian itu, Shaharom berkata laporan pertama mengenai Zara Qairina jatuh di asrama manakala laporan kedua kronologi kejadian itu.

Saksi itu berkata laporan pertama diterimanya pada pagi 16 Julai untuk diberikan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Papar pada 10.04 pagi dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), manakala laporan kedua diterimanya daripada Setiausaha Hal Ehwal Murid pada 12 Ogos 2025.

Ketika disoal Koroner jika ada menteri atau timbalan menteri bertanggungjawab turun melawat sekolah selepas kejadian itu, Shaharom berkata setakat pengetahuannya tidak ada.

Bagaimanapun saksi itu berkata terdapat wakil daripada pihak Kementerian Pendidikan dan Bahagian Pendidikan Islam dan kaunselor datang untuk memberi kaunseling.

Sementara itu, saksi kelapan iaitu Ketua Warden Asrama Azhari Abd Sagap, 31, yang turut dipanggil semula memaklumkan sehelai kertas telah ditemukan seorang daripada pelajar asrama itu sebelum kejadian.

Azhari berkata kertas yang tertulis ayat berkaitan Zara Qairina itu ditemukan di pagar koridor, aras tiga bangunan asrama semasa aktiviti gotong-royong dan diserahkan kepada polis untuk siasatan pada 21 Julai 2025.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth pada 17 Julai tahun lepas, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, di Papar pada kira-kira 4 pagi.

Pada 13 Ogos, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan polis.

Sebelum itu, AGC pada 8 Ogos lepas telah mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.

Prosiding inkues bersambung esok.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Paddles up! Hong Kong marks 50 Years of international dragon boat thrills

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 – With top teams from around the world gearing up for the hotly contested Hong Kong International Dragon Boat Races this weekend (June 27-28), participants and spectators can expect a bumper programme of action, fun and entertainment along the Victoria Harbour waterfront in Tsim Sha Tsui – one of the city's most vibrant districts known for its iconic skyline views and tourist attractions.

“Japan Creator Support Fund Progress Report Meeting” highlights international success of Japan’s next generation...

The Fund is beginning to generate tangible international outcomes, including awards, nominations and co-productions across music, film, games and the arts, while expanding opportunities for overseas performances, international events and cross-border collaborations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings