the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, June 26, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pelajar IPT rugi RM50,400 ditipu sindiket phone scam di Terengganu

Seorang pelajar IPT di Kuala Nerus kehilangan RM50,400 selepas diperdaya sindiket penipuan telefon yang menyamar sebagai pegawai polis dan keselamatan siber

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berusia 24 tahun di Kuala Nerus kerugian RM50,400 selepas ditipu sindiket penipuan telefon.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata mangsa menerima panggilan daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai keselamatan siber pada 27 November lepas.

Suspek mendakwa mangsa terlibat dalam penyebaran pautan palsu dan perlu membuat laporan polis untuk menafikan tuduhan tersebut.

Mangsa kemudian disambungkan kepada rakan suspek yang menyamar sebagai pegawai polis dan didakwa terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram.

“Mangsa diarahkan mengosongkan akaun banknya dengan memindahkan semua wang ke akaun sementara yang diberikan suspek kononnya untuk tujuan siasatan,” katanya.

Azli berkata mangsa yang bimbang dikenakan tindakan undang-undang telah memindahkan wang ke dua akaun berbeza pada 2 dan 9 Disember lepas.

Beliau menyedari ditipu selepas gagal menghubungi suspek untuk mendapatkan maklumat lanjut dan membuat laporan polis pada 10.08 malam tadi.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber kewangan mangsa adalah tabungan hasil simpanan ibu bapa sejak kecil.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings