the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar adakan mesyuarat dua hala dengan pemimpin Pakistan dan Iran

RIYADH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan mesyuarat dua hala dengan Anwaar-ul-Haq Kakr, Perdana Menteri sementara Pakistan sejak Ogos lepas.

Mesyuarat itu diadakan di luar sesi kelapan Sidang Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi membincangkan serangan dan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin yang dihadiri oleh kedua-dua pemimpin.

Turut hadir pada mesyuarat dua hala itu Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Amran Mohamed Zin.

Terdahulu, Anwar turut mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Iran Ebrahim Raisi.

Para pemimpin dan delegasi negara anggota OIC berhimpun pada sidang kemuncak itu, yang dihoskan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman, yang juga Perdana Menteri Arab Saudi.

Sidang kemuncak tergempar itu, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Raja Abdul Aziz di sini, diadakan susulan penglibatan ekstensif Anwar dan beberapa pemimpin OIC berkaitan isu Palestin selain serangan serta kekejaman berterusan rejim Israel.

Bercakap di hadapan para pemimpin Islam pada sidang itu, Perdana Menteri menggesa negara anggota OIC secara konsisten mendesak agar gencatan senjata dilaksanakan serta-merta manakala bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza disegerakan.

lagi..

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings