the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar Ibrahim tamat lawatan rasmi ke Ethiopia, beri syarahan khas

Perdana Menteri Malaysia tamat lawatan rasmi ke Ethiopia dengan pertemuan AU dan syarahan khas kepada belia Afrika

ADDIS ABABA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dijadual bertemu Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Afrika Mahmoud Ali Youssouf dari Djibouti, sebagai sebahagian daripada rangka lawatan rasmi beliau ke Ethiopia.

Kesatuan Afrika (AU) yang dianggotai 55 negara, ditubuhkan pada Julai 2002 berfungsi sebagai sebagai suara yang mewakili benua itu di peringkat global, selain berperanan penting dalam menggalakkan kerjasama antarabangsa. 

Pertemuan itu merupakan antara acara utama dalam rangka lawatan rasmi tiga hari Anwar ke Ethiopia yang berakhir hari ini.

Selesai pertemuan itu, Anwar dijadualkan menyampaikan syarahan khas bertemakan ‘Menghubungkan Peradaban, Membina Masa Hadapan: Memperkukuh Kerjasama Afro-Malaysia demi Kemakmuran Bersama’ kepada Kesatuan Belia Pan-Afrika dan Majlis Belia Ethiopia.

Lawatan tiga hari Perdana Menteri ke negara itu dijadual diakhiri dengan menerima kunjungan hormat Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam Ethiopia. 

Ethiopia merupakan negara berbilang etnik merangkumi lebih 80 kumpulan etnik, dengan penganut Kristian membentuk majoriti diikuti Islam.

Setelah berakhir program di Addis Ababa, Anwar akan berangkat ke Johannesburg, Afrika Selatan, mulai hari ini hingga 23 November bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G20. Beliau kemudian dijadual meneruskan lawatan kerja ke Nairobi, Kenya, dari 23 hingga 24 November sebelum kembali ke tanah air.

Lawatan Anwar ke Ethiopia, yang merupakan kunjungan pertama oleh Perdana Menteri Malaysia juga bagi membalas lawatan Perdana Menteri Ethiopia Dr Abiy Ahmed Ali ke Malaysia pada Oktober tahun lepas.

Kunjungan berkenaan turut bertepatan dengan ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik Malaysia-Ethiopia yang terjalin sejak Januari 1965. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

KBS assessing possibility of Malaysia hosting F1 race

KBS is actively holding discussions and conducting assessments on the possibility of hosting a Formula 1 (F1) race at the Sepang International Circuit (SIC) to replace the Bahrain Grand Prix (GP) this October.

Novum Studio Secures New Funding to Launch Ahoy Project, an AI-Native Enterprise Transformation Platform,...

NEW YORK, USA - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Novum Studio, the company behind Frog - a Gen Z social app often described as a "new-generation Snapchat" - said it has raised a new round of funding and will use the proceeds to launch Ahoy Project, an AI-native enterprise communication and collaboration platform, with internal testing scheduled for July 2026.

Shorter Trips, More Meaningful Experiences: OZO Taps into the Rise of Micro-trips Across Asia-Pacific

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - As travellers across Asia-Pacific increasingly look for greater flexibility and balance in the way they travel, shorter and more frequent getaways are becoming a popular alternative to waiting for one long annual holiday.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings