the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 26, 2026
30.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar serah sumbangan kepada pesakit kanser payudara sempena Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pesakit kanser payudara tahap empat, Chai Pau Chin di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.

Sumbangan berupa wang tunai, limau mandarin dan bakul makanan itu disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi, serta Ahli Dewan Udangan Negeri Semambu Chan Chun Kuang, yang menziarahi Chai di kediamannya.

“Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan beban yang ditanggung dan membawa sedikit keceriaan kepada Chai serta keluarganya.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan kesembuhan dan kekuatan buat beliau dalam menempuh dugaan ini,” menurut hantaran semula di Facebook Perdana Menteri hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings