the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar seru semua pihak hormati keputusan mahkamah, elak keruhkan suasana

PM Anwar Ibrahim menyeru semua pihak menghormati keputusan mahkamah berhubung isu titah adendum dan elak menambah ketegangan.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak menghormati keputusan mahkamah berhubung isu titah adendum.

Beliau berkata semua pihak wajar menghormati keputusan yang dibuat oleh hakim.

Anwar menekankan ruang dan saluran perundangan masih tersedia untuk mengemukakan rayuan, selain kepada Yang di-Pertuan Agong, selaras dengan peruntukan undang-undang.

“Saya menyeru semua pihak agar menangani isu ini dengan penuh sabar dan bijaksana.

“Sekalipun ada pihak yang memilih untuk tidak menzahirkan simpati kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya, adalah tidak wajar untuk mengeruhkan suasana atau menambah ketegangan dalam keadaan yang sensitif ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri menegaskan Kerajaan MADANI kekal berpegang teguh kepada prinsip penegakan negara hukum serta pengasingan kuasa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings