the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 11, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar temui Agong, Pemangku Sultan Johor bincang ekonomi dan pembangunan

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghadap Agong dan Pemangku Sultan Johor untuk bincang ekonomi negara dan pembangunan negeri Johor

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail.

Pertemuan itu membincangkan perkembangan ekonomi negara dan prospek pembangunan Johor.

Anwar berkata sesi menghadap itu turut menyentuh keperluan memastikan keseimbangan kemajuan antara negeri-negeri terus dipelihara.

“Saya turut berkongsikan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh daya saing negara,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Beliau menekankan agar setiap inisiatif pembangunan mampu memberikan manfaat yang dirasai rakyat di seluruh pelosok tanah air.

Pertemuan itu diadakan selepas Majlis Pelancaran Maharani Freeport di Tanjung Emas, Muar.

Sultan Ibrahim hari ini berkenan merasmikan pelabuhan bebas cukai tenaga pertama negara itu di Kompleks Maharani Energy Gateway. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings