the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Anwar, Wan Azizah berlepas untuk istiadat persandingan diraja anakanda Sultan Brunei

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, malam ini berlepas ke Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam.

Anwar dalam catatan di laman Facebook memaklumkan lawatan itu bagi memenuhi undangan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah ke Istiadat Persandingan Diraja Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Pengiran Anak Isteri Pengiran Anisha Rosnah Adam yang akan berlangsung esok.

Perdana Menteri turut memuat naik video membaca doa selamat sebelum menaiki pesawat bersama Wan Azizah.

Pada Khamis lepas, Abdul Mateen dan Dayang Anisha selamat bernikah di Masjid Omar Ali Saifuddien dan esok akan berlangsung Istiadat Persandingan Diraja di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan disusuli Istiadat Persantapan Diraja sempena meraikan kedua-dua pengantin diraja pada Isnin.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Bandar Seri Begawan.-Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings