Sunday, November 16, 2025
28.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aravindakumara beri kemenangan pertama Malaysia di Deaflympics 2025

R Aravindakumara beri kemenangan pertama kontinjen Malaysia di Deaflympics 2025, tewaskan pemain Thailand dalam perlawanan kumpulan

TOKYO: Pema badminton perseorangan lelaki negara R Aravindakumara mengharumkan nama kontinjen Malaysia selepas mencatat kemenangan tunggal dalam perlawanan peringkat kumpulan pembukaan Deaflympics 2025 di Keio Arena.

Pemain berusia 18 tahun itu bangkit daripada ketinggalan selepas tewas 21-23 dalam game pertama untuk menewaskan pemain Thailand Anuntawip Sombun 21-12 dan 22-20 dalam Kumpulan G.

“Saya sangat gembira kerana antara yang menghadiahkan kemenangan untuk Malaysia hari ini,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata kekalahan sebelumnya kepada Anuntawip di kejohanan Brazil membantunya mengkaji corak permainan lawan.

Aravindakumara akan menghadapi pemain Taiwan Chung-I Chen dalam perlawanan akhir kumpulan esok.

“Saya sangat positif dengan lawan seterusnya, tapi kita tak boleh memandang rendah saingan,” katanya.

Sementara itu, pemain tuan rumah Yasuhiro Nagaishi mengatasi wakil Malaysia Edmund Teo dalam perlawanan Kumpulan N selepas pertarungan 58 minit.

Edmund memulakan aksi dengan cemerlang tetapi gagal mengekalkan momentum walaupun mendahului sehingga mata ke-20 sebelum Yasuhiro menunjukkan ketenangan luar biasa untuk menang 16-21, 21-16, 22-20.

“Ya, bulu tangkis agak perlahan, tapi saya cuba sedaya upaya menyesuaikan diri dengan apa yang disediakan penganjur,” kata Edmund yang akan berdepan pemain Denmark William Haurholm-Rasmussen esok.

Dalam kategori perseorangan wanita, Trisya Rafael tewas teruk kepada pemain tuan rumah Mai Kamata 3-21 dan 3-21 dalam pusingan pertama Kumpulan I.

Trisya seterusnya akan berdepan pemain Turki Gizem Nur Uludag.

Mengikut format pertandingan perseorangan dan beregu, kejohanan terbahagi kepada tiga peringkat utama: peringkat awal, peringkat kalah mati dan peringkat pengseedan.

Dalam peringkat awal, setiap pemain atau pasukan dibahagikan kepada kumpulan mengandungi tiga hingga empat peserta.

Dua teratas dari setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati di mana hanya pemenang setiap perlawanan akan terus maju.

Akhirnya, dalam peringkat pengseedan, pemain atau pasukan akan disenaraikan mengikut ranking badminton ICSD rasmi. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

Hung opens five-shot lead at Taifong Open

Local favourite Hung Chien-yao extended his lead to five shots at the halfway stage of the Taiwan Glass Taifong Open after firing a second straight seven-under 65. The 33-year-old reached 14-under at Taifong Golf Club, again producing the lowest round of the day. Thailand’s Poosit Supupramai sits second at nine-under after a 68, followed by compatriot Ekpharit Wu at eight-under. Five players are tied for fourth at six-under: Indonesia’s Jonathan Wijono, Australia’s Todd Sinnott, Sweden’s Charlie Lindh, Pakistan’s Ahmad Baig and Thailand’s Sarut Vongchaisit. India’s S. Chikkarangappa moved to five-under after a 70 to join Thai duo Charng-Tai Sudsom and Chanat Sakulpolphaisan.
spot_img

Popular Categories