the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

BAM terbuka cadangan latihan bersama pemain negara dan profesional

BAM sedia pertimbang cadangan RTG untuk pemain kebangsaan dan profesional berlatih bersama demi tingkatkan persaingan badminton negara.

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) secara dasar terbuka terhadap cadangan Jawatankuasa Road To Gold (RTG) yang mahu pemain di bawah naungan mereka dan pemain profesional menjalani latihan bersama.

Setiausaha Agung BAM Datuk Kenny Goh berkata cadangan itu pernah dimaklumkan kepada badan induk itu sebelum ini namun masih memerlukan penelitian lanjut pihaknya.

“Kami perlu berbincang dengan pihak jurulatih di sini dan juga mungkin berbincang dengan Datuk Stuart Ramalingam untuk kami lihat secara terperinci apa yang dimaksudkan berlatih bersama,” katanya.

Semalam, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memaklumkan Jawatankuasa RTG mencadangkan pemain badminton di bawah BAM menjalani latihan bersama pemain profesional yang disenaraikan dalam program itu dijangka bermula awal tahun depan.

Hannah berkata cadangan itu bagi mewujudkan persaingan kompetitif antara pemain di bawah BAM dan mereka yang bergerak secara profesional disenaraikan dalam RTG.

Kenny berkata cadangan Jawatankuasa RTG bukanlah perkara baharu malah kedua-dua wakil kebangsaan dan profesional pernah berlatih bersama sewaktu negara dilanda pandemik COVID-19 sebelum ini.

Beliau pada masa sama yakin pengumuman Hannah juga mampu membawa kebaikan menyeluruh buat sukan badminton negara.

Berdasarkan senarai terkini RTG, wakil badminton negara tersenarai di bawah BAM adalah dua beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Man Wei Chong-Tee Kai Wun, beregu wanita Pearly Tan-M. Thinaah dan beregu campuran Chen Tang Jie-Toh Ee Wei.

Wakil profesional pula terdiri daripada beregu lelaki Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan beregu campuran Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie. – Bernama

ALSO READ:

KBS sokong BAM hantar skuad terkuat ke Sukan SEA 2025

Iskandar Zulkarnain kembali ke BAM sebagai ketua jurulatih wanita

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings