the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bangunan simpan baja dan racun di Kuala Kangsar terbakar

IPOH: Sebuah bangunan tiga tingkat milik Pertubuhan Peladang yang menyimpan baja dan racun pertanian di Jalan Bendahara, Kuala Kangsar terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 malam pada Dis 3.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar Ahmad Izuwan Zakaria berkata tingkat bawah bangunan mengalami kebakaran kira-kira 30 peratus.

“Kerja-kerja pemadaman masih dijalankan dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) juga sedang membuat bacaan kerana bahan baja dan racun rumpai bertindak balas dengan haba mungkin mengeluarkan toksid,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ahmad Izuwan berkata proses overhaul sedang dilaksanakan oleh pasukan bomba, manakala Hazmat dari BBP Pasir Putih digerakkan ke lokasi sebagai langkah keselamatan kerana kebakaran melibatkan bahan kimia.

Beliau berkata bacaan indeks udara sedang dikumpul dan pengungsian bagi orang awam juga dilakukan pada jarak 100 meter.

Terdahulu, pasukan bomba dari BBP Kuala Kangsar dengan bantuan dari BBP Sungai Siput dan BBP Meru Raya bergegas ke tempat kejadian bagi melakukan tugas pemadaman bangunan jenis kelas A berkeluasan 40 x 70 meter persegi itu.

Terdapat sedikit letupan di peringkat awal kebakaran kerana dipercayai akibat bahan-bahan pertanian seperti baja dan racun yang tersimpan di premis berkenaan dan kejadian juga tidak melibatkan mangsa. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings