the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
30.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas CFO didakwa 20 pertuduhan pindah wang RM7.8 juta

Bekas ketua pegawai kewangan syarikat didakwa 20 pertuduhan menyebabkan pemindahan wang RM7.8 juta, mengaku tidak bersalah di tiga mahkamah

KUALA LUMPUR: Bekas ketua pegawai kewangan sebuah syarikat pembuatan mengaku tidak bersalah terhadap 20 pertuduhan menyebabkan pemindahan wang berjumlah RM7.8 juta.

Yong Man Chai, 47, yang sebelum ini merupakan pengarah AT Systematization Berhad, didakwa menyebabkan syarikat itu mengalami kerugian.

Tertuduh mengaku tidak bersalah selepas lapan pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Enam pertuduhan lagi dibacakan di hadapan Hakim Suhaila Haron dan enam pertuduhan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Dia didakwa menyebabkan syarikat memindahkan RM7,821,220 kepada lima syarikat dengan niat menyebabkan kerugian secara salah.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di sebuah bank di Kota Damansara antara Julai 2020 dan Oktober 2021.

Kes ini didakwa mengikut Subseksyen 317A(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan penjara antara dua hingga 10 tahun.

Denda tidak melebihi RM10 juta juga boleh dikenakan jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Sekuriti Shoba Venu Gobal, Hashley Tajudin dan Mohd Izuddin Mohamad.

Tertuduh diwakili peguam Datuk Yaacob Md Sam dan Md Yunos Shariff.

Hakim Norma menetapkan jaminan RM160,000 dengan dua penjamin manakala Hakim Suhaila menetapkan RM120,000.

Hakim Azrul menetapkan jaminan RM70,000 dengan dua penjamin menjadikan jumlah keseluruhan RM350,000 dengan enam penjamin.

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Tertuduh juga perlu melaporkan diri ke pejabat SC sebulan sekali sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 16 Disember untuk sebutan semula kesemua kes. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings