the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 29, 2025
26.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Bekas menteri disyaki terima rasuah RM5 juta, kereta Lamborghini

SPRM rakam keterangan bekas menteri disyaki terima rasuah RM5 juta dan kereta Lamborghini dalam siasatan projek papan iklan dan pemindahan tanah

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merakam keterangan seorang bekas menteri kerana disyaki menerima rasuah wang kira-kira RM5 juta dan kereta mewah jenis Lamborghini melibatkan projek papan iklan dan pemindahan tanah di ibu negara.

Menurut sumber, bekas menteri terbabit datang ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini bagi dirakam keterangan dan siasatan pada peringkat mengesan punca pembayaran kereta mewah berkenaan.

“Bagi kes pemindahan tanah pula, siasatan awal mendapati tanah-tanah yang sebelum ini digazetkan untuk pembinaan surau telah dipindah milik kepada satu syarikat proksi,” katanya.

Sumber memaklumkan seramai 16 saksi yang terdiri daripada kakitangan kerajaan dan pemilik syarikat telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki mengesahkan satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan setakat ini tiada sitaan aset atau pembekuan akaun dilakukan.

Sebelum ini, media melaporkan seorang bekas menteri yang pernah berkhidmat dalam Kabinet kerajaan sebelum era COVID-19 berada dalam radar siasatan SPRM susulan dakwaan penyelewengan sewaktu berkhidmat di sebuah kementerian, membabitkan pemindahan sebidang tanah milik kerajaan yang bernilai tinggi kepada seorang pemaju hartanah terkemuka.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories