the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, July 12, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas pegawai daerah direman SPRM atas keterangan bercanggah

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

SPRM Kedah reman bekas pegawai daerah disyaki beri keterangan bercanggah dalam kes rasuah melibatkan ketua bahagian kejuruteraan PBT.

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah mereman seorang bekas pegawai daerah bagi membantu siasatan.

Beliau disyaki memberi keterangan bercanggah dalam satu kes perbicaraan yang melibatkan Ketua Bahagian Kejuruteraan sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ketua Bahagian Kejuruteraan itu telah dituduh pada Disember 2021 berkaitan pelantikan sebuah syarikat milik saudara terdekatnya untuk kerja penyelenggaraan jalan.

Perintah reman dua hari terhadap pesara kerajaan itu dikeluarkan oleh Majistret Eliana Ismail di Mahkamah Majistret Alor Setar.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia 60-an itu ditahan semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kedah.

“Siasatan awal mendapati suspek telah memberikan keterangan yang tidak selaras di mahkamah berbanding keterangan bertulis yang diberikan sebelum ini kepada SPRM Kedah,” katanya.

Semasa keterangan diambil pada 2021, suspek memegang jawatan sebagai Setiausaha Majlis Perbandaran Kulim.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Nazli Rasyid Sulong mengesahkan penahanan berkenaan.

Beliau memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 27(2) Akta SPRM 2009.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings