the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas pegawai NAFAS didakwa terima suapan US$300,000

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah US$300,000 daripada syarikat pembekal baja Singapura, tiga tahun lepas.

Mengikut pertuduhan, Nordin Ibrohim, 77, didakwa menerima suapan iaitu wang berjumlah US$300,000 daripada Kim Jong Kwa yang merupakan Pengarah Syarikat Sung Chang Asia Pte. Ltd., dengan memindah wang daripada akaun bank milik syarikat tersebut ke akaun bank milik tertuduh sebagai upah membantu syarikat itu dilantik sebagai pembekal baja kepada pesawah oleh NAFAS.

Nordin didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah bank di Plaza Mont Kiara di sini antara 16 Nov dan 21 Dis 2022, mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa SPRM Abdul Muntaqim Abdul Aziz mencadangkan jaminan antara RM200,000 hingga RM300,000 bagi dua pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah hingga kes selesai, melapor diri di pejabat SPRM berhampiran sebulan sekali dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.

“Kesalahan ini bukan kesalahan biasa kerana ia melibatkan dana kerajaan. Apabila berlaku rasuah, peluang pekerjaan dan pelaburan akan terjejas dan prosedur menjalankan perniagaan akan sukar,” kata Abdul Muntaqim.

Peguam Datuk Zamri Idrus yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya yang merupakan pesara menanggung keluarga selain menghidap penyakit diabetes.

Hakim Rosli Ahmad yang menetapkan sebutan kes pada 26 Feb ini membenarkan tertuduh diikat jamin RM100,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dipohon pihak pendakwaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

PM Anwar urges support for Malaysian Muay Thai title bid

KUALA LUMPUR, July 22 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim has called on Malaysians to rally behind national Muay Thai athlete Ahmad Nor Iman Aliff Rakib as he prepares to challenge for the ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship this Friday.In a Facebook post today, Anwar said Ahmad Nor Iman Aliff has the opportunity to make history as the first Malaysian combat sports athlete to qualify for a shot at the world title."Let us all give our full support to Ahmad Nor Iman Aliff Rakib, who will be competing for the ONE Interim Strawweight Muay Thai World Championship this Friday."May you continue to raise Malaysia's name on the world stage and inspire the younger generation to achieve success at the highest level," he said.Ahmad Nor Iman Aliff will face Thai Muay Thai legend Sam-A Gaiyanghadao for the title at Lumpinee Stadium in Bangkok.

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings