the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
26.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas pelumba negara: Reman tiga lelaki disambung enam hari lagi

KANGAR: Tahanan reman terhadap tiga lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes tetak sehingga mengakibatkan kematian bekas pelumba Moto3 dan Cub Prix negara Elly Idzlianizar Elias, 40, disambung enam hari lagi bermula esok.

Ketua Polis Daerah Kangar ACP Yusharifuddin Mohd Yusop berkata Majistret Mahkamah Kangar Ana Rozana Mohd Nor membenarkan reman sambungan reman terhadap suspek yang berumur antara 21 hingga 51 tahun itu.

“Untuk makluman reman sambung mulai 18 hingga 23 Sept 2024,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Khamis lepas, media melaporkan polis mengesahkan kematian Elly Idzlianizar disebabkan kecederaan parah akibat ditetak selepas terbabit dalam pergaduhan di sini pada Selasa lepas.

Susulan itu, polis menahan tiga lelaki itu di beberapa lokasi berasingan di sekitar Perlis pada Rabu lalu yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan, dan merampas sebilah pedang samurai berukuran 112 sentimeter dipercayai digunakan dalam pergaduhan berkenaan.

Kesemua suspek itu direman tujuh hari bermula 11 Sept lepas hingga hari ini sebelum disambung lagi enam hari bermula esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings