the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
20.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas pemilik syarikat dipenjara, denda kerana sembunyi RM195,000 milik warga emas

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pemilik syarikat teknologi maklumat dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menyembunyikan wang milik seorang warga emas berjumlah RM195,000 tiga bulan lepas.

Hakim Azrul Darus memerintahkan hukuman Ho Chun Jin, 22, bermula hari ini, selain tertuduh dipenjara lima bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Ho didakwa menyembunyikan wang RM195,000 milik M. Shanmughalingam, 85, yang dimasukkan ke akaun bank syarikat milik tertuduh di Jalan Kiara 2 Mont Kiara, Brickfields di sini antara 5 hingga 8 April lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Haniff Ahijman memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran, namun Ho yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan kerana menanggung ibu bapa.

Mengikut fakta kes mangsa membuat laporan polis kerana tidak menerima pulangan selepas membuat dua bayaran ke akaun tertuduh bagi menyertai pelaburan saham yang diketahuinya menerusi laman Facebook.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings