the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
29.2 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bekas pengikut GISBH kembali kepada Islam melalui pendekatan berhikmah

Pendekatan berhikmah JAINJ berjaya bawa 277 bekas pengikut GISBH kembali kepada ajaran Islam sebenar melalui kursus pemantapan akidah tanpa paksaan.

KOTA TINGGI: Pendekatan lembut dan berhikmah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berjaya membuka hati bekas pengikut GISB Holdings Sdn Bhd untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar.

Seramai 277 bekas ahli GISBH menamatkan Kursus Pemantapan Akidah dan Program Istitabah selepas mengikuti 36 sesi kelas anjuran JAINJ sejak tahun lepas.

Mohd Normateen Mohd Sharif, 68, yang hampir 30 tahun menjadi pengikut kumpulan itu berkata sesi kuliah dan bimbingan tersebut sarat dengan ilmu serta disampaikan dengan kesantunan.

“JAINJ memberi banyak ilmu agama dalam sesi kuliah dan sebagai orang Islam kita kena hayati, bukan sekadar dengar-dengar,” katanya.

Bekas tentera itu menasihatkan ahli kumpulan yang masih aktif supaya tampil kepada JAINJ dan menyertai kursus tersebut yang disifatkan sangat bermanfaat.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata pendekatan itu bertujuan memurnikan akidah dan membanteras ajaran sesat di negeri itu.

Beliau berkata kesemua bekas ahli GISBH terlibat memberi kerjasama penuh dan mengikuti kelas tanpa gagal.

Kerajaan negeri menyediakan pelbagai bantuan termasuk bantuan sara hidup dan persekolahan daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor selain perlindungan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Mohd Fared menganggarkan 50 bekas ahli GISBH dan 80 individu terlibat dalam persembahan kuda kepang sebelum ini akan mengikuti kursus sama dalam masa terdekat.

Johor antara negeri yang memfatwakan ajaran, pegangan dan fahaman GISBH sebagai sesat selaras ketetapan Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Vinhomes Utilizes Vietnam’s Largest Land Bank to Expand Integrated Urban Developments

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Vinhomes (ticker: VHM), Vietnam's leading listed real estate developer, is transforming its extensive land bank, exceeding 295 million square meters as of December 31, 2025, into a pipeline of integrated urban developments that combine residential, commercial, public infrastructure and environmental stewardship within unified masterplans.

LOCUS-T Wins Four Honours at A+M Agency of the Year Awards 2026

PETALING JAYA, MALAYSIA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 – LOCUS-T, a leading Malaysian digital marketing agency, has been recognized with four honours at the Advertising + Marketing (A+M) Agency of the Year Awards 2026, reaffirming its position as a trusted digital growth partner for businesses across Malaysia.

Taoyuan Welcomes the World: Taiwan’s Gateway Invites Global Travelers

TAOYUAN, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Visitors strolling through the bustling streets of major Asian hubs-Tokyo, Busan, Hong Kong, Singapore, and Kuala Lumpur-may have recently spotted a familiar face.

SCG calls for a new growth model: Advancing carbon neutrality through competitiveness, energy security...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - At the Nikkei Asia Forum APAC 2026, Mr. Thammasak Sethaudom, President and Chief Executive Officer of SCG, shared his vision that the transition toward a low-carbon economy is no longer solely an environmental challenge, but a business strategy to strengthen long-term competitiveness through energy security, innovation, and sustainable growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings