the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 15, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Belanjawan RM1.61 bilion Perak 2026 diluluskan

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Dewan Undangan Negeri Perak meluluskan Belanjawan 2026 bernilai RM1.61 bilion, yang memfokuskan lima keutamaan termasuk kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

IPOH: Dewan Undangan Negeri Perak meluluskan Belanjawan 2026 bernilai RM1.61 bilion secara sebulat suara.

Belanjawan yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad pada 25 November itu meneruskan tema “Perak Makmur, Rakyat Sejahtera”.

Ia memfokuskan lima keutamaan iaitu kesejahteraan rakyat, tadbir urus projek berkepentingan negeri, pembangunan modal insan dan belia, kelestarian alam sekitar serta keterjaminan bekalan makanan.

Saarani berkata kerajaan negeri sedang meneliti cadangan mewujudkan perjawatan guru tadika Islam dalam bentuk skim bagi menjamin kebajikan mereka.

“Apabila sudah dinaik taraf, gajinya jauh lebih tinggi daripada yang ingin kita cadangkan. Sebab itu kita tunggu dulu skim (perjawatan) yang berkenaan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat ialah kerangka perdagangan dan bukan perkongsian eksklusif.

Saarani berkata perjanjian itu tidak menghalang Malaysia daripada terus berdagang dengan pasaran antarabangsa lain.

“Kerajaan Negeri Perak teguh dengan pendirian bahawa sebarang perjanjian perdagangan yang melibatkan sumber mineral strategik negeri, termasuk REE (unsur nadir bumi) mestilah berpaksikan kepentingan rakyat dan kelestarian ekonomi negeri,” katanya.

Beliau menambah penglibatan entiti asing seperti Amerika Syarikat adalah terhad kepada peranan sebagai rakan dagang.

Saarani berkata ia tidak melibatkan kawalan langsung terhadap pengeluaran unsur nadir bumi di Perak.

Rang Undang-Undang Enakmen Perbekalan 2026 dan Usul Kumpulan Wang Pembangunan 2026 itu dibahaskan selama tiga hari melibatkan 44 wakil rakyat.

Persidangan DUN Perak ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings