the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Aceh bersiap sedia lancar laluan feri baharu ke Pulau Pinang

JAKARTA: Wilayah Aceh di Indonesia bakal melancarkan laluan terus feri baharu dari Pelabuhan Krueng Geukueh di Muara Satu ke Pulau Pinang, Malaysia – langkah yang dijangka dapat merancakkan perdagangan, pelancongan dan hubungan ekonomi rentas sempadan.

Gabenor Aceh Muzakir Manaf yang lebih dikenali sebagai Mualem, berkata persiapan sedang dijalankan di pelabuhan itu menjelang pelancaran yang dirancang.

“Masih ada beberapa perkara yang perlu kita tambah baik bagi menjadikannya lebih selesa dan sesuai digunakan,“ katanya selepas meninjau jeti dan terminal penumpang pada Jumaat, menurut kenyataan Sekretariat Wilayah Aceh.

Sebelum ini, Mualem telah mengumumkan rancangan untuk membuka laluan itu pada akhir Julai atau awal bulan ini, namun tiada tarikh pelancaran rasmi yang disahkan.

Perkhidmatan feri itu bertujuan untuk mengukuhkan kesalinghubungan rentas sempadan dan menyokong eksport komoditi utama Aceh, termasuk kopi Arabika Gayo, tuna, minyak nilam, cengkih dan pinang.

Timbalan Pengurus Cawangan Operasi dan Kejuruteraan PT Pelindo SPMT Lhokseumawe milik kerajaan, Taufik Rahmat Nasution berkata syarikat itu sedang menaik taraf kemudahan dan menyelaraskan operasi bagi menyokong laluan baharu itu.

Beliau menyatakan jeti sedia ada mampu menampung kapal sehingga 3,000 tanan kasar, dengan kedalaman air antara sembilan hingga 13 meter pada paras air surut perbani.

“Bagi terminal penumpang, kami sudah bersedia dan akan berkoordinasi dengan pihak Kastam, Imigresen, Kuarantin serta agensi lain untuk menyokong aktiviti penumpang,“ tambahnya.

Mualem dan pegawai pelabuhan menzahirkan keyakinan bahawa laluan feri baharu itu akan membuka peluang baharu bagi ekonomi Aceh dan meningkatkan kerjasama dengan Malaysia.

— BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings