the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ekonomi MADANI fokus lonjak pertumbuhan negara

KUALA LUMPUR: Menaikkan siling pertumbuhan negara merupakan satu daripada tiga tonggak utama Ekonomi MADANI yang bertujuan melonjakkan Malaysia ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, berdaya saing dan mampan berteraskan nilai kemanusiaan dan keadilan sosial, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Dalam Kenyataan PraBelanjawan 2026 hari ini, kementerian itu berkata tonggak ini menumpukan usaha memecahkan kekangan struktur yang lama berakar, khususnya kebergantungan kepada model ekonomi kos rendah dan sederhana.

“Dengan Ekonomi MADANI menetapkan aspirasi untuk meletakkan Malaysia dalam kalangan 12 ekonomi paling berdaya saing di dunia, transformasi asas perindustrian adalah penting.

“Ini termasuk meningkatkan kedudukan Malaysia dalam rantaian nilai global dan beralih kepada pertumbuhan berasaskan produktiviti tinggi dan inovasi,” katanya.

Menurut MOF, kerajaan memberi keutamaan kepada pelaburan dalam sektor berpertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV), meliputi peluang teknologi hadapan baharu dan laluan hijau mampan.

Rangka Kerja untuk Menarik Pelaburan Berkualiti

Untuk melengkapkan transformasi perindustrian, Kerajaan terus menambah baik insentif pelaburan strategik termasuk memperkenalkan Kerangka Insentif Pelaburan Baharu yang bakal dilancarkan suku ketiga 2025.

“Ini bagi menyelaras insentif dengan pulangan ekonomi sektor sasaran, membina dinamik yang saling menguntungkan agar dapat menarik pelaburan berkualiti dan menjana manfaat nasional bermakna.

“Belanjawan 2026 akan memperkemas proses kelulusan, mengurangkan halangan birokrasi dan menyelaras semula insentif supaya lebih mencerminkan kerumitan, nilai tambah dan intensiti teknologi sesuatu industri,” katanya.

Menurut MOF, pembaharuan ini bertujuan mengubah Malaysia menjadi destinasi pelaburan yang memudah cara, kompetitif, yang memberi ganjaran kepada inovasi, mengutama kemampanan jangka panjang dan meletakkan negara di barisan hadapan penciptaan nilai ekonomi.

Menjana Kesan Berganda Merentasi Rantaian Ekonomi

Menurut MOF, penggerak dasar strategik ini dirangka untuk mewujudkan kesan pengganda yang mengalir ke seluruh ekosistem bekalan yang menyokong sektor HGHV.

Belanjawan 2026 akan terus memupuk ekosistem hiliran ini dan merancakkan pembangunan wilayah melalui beberapa bidang tumpuan utama.

Antara bidang tumpuan yang diketengahkan ialah menyokong perusahaan kecil dengan kemudahan akses pasaran eksport dan pembiayaan pendigitalan bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing.

Selain itu, katanya pelancongan dan pertumbuhan perkhidmatan dengan memanfaatkan Tahun Melawat Malaysia 2026 untuk merancakkan sektor pelancongan dan perkhidmatan.

“Kerajaan juga akan memberi penekanan kepada Kewangan Islam dan Ekonomi Halal – memperkukuh rantaian bekalan halal bernilai tinggi dan menerajui kedudukan Malaysia melalui kewangan Islam,” katanya.

Menurut MOF, pembangunan wilayah akan kekal sebagai tumpuan utama, dengan mempelbagaikan pertumbuhan ekonomi luar bandar melalui pembangunan hab pemangkin negeri — mengguna pakai model seperti Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ), Kulim Hi-Tech Park dan Pulau Silikon Pulau Pinang.

— BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings