the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Fadhlina sedia teliti pandangan semua pihak tangani isu buli

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengalu-alukan pandangan dan cadangan daripada semua pihak bagi memperkukuh aspek keselamatan serta menangani gejala buli di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM).

Fadhlina berkata beliau bersedia meneliti semua cadangan, termasuk sokongan psikososial, latihan kepada guru dan warden, modul pendidikan untuk ibu bapa, pemantauan di institusi pendidikan, serta pelan anti-buli dalam usaha menangani isu tersebut.

“Usaha memerangi salah laku buli dan memastikan ekosistem selamat di institusi pendidikan adalah tanggungjawab bersama.”

“Pada masa ini, KPM sedang melaksanakan beberapa inisiatif penting bagi memperkukuh aspek keselamatan, termasuk audit keselamatan, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), dan penubuhan jawatankuasa reformasi keselamatan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi catatan di Facebook selepas menerima memorandum daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) dan Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (HARAM) mengenai penambahbaikan pemantauan keselamatan dan usaha bagi menangani salah laku buli.

KPM baru-baru ini meluluskan peruntukan tiga juta ringgit untuk pemasangan CCTV di sekolah berasrama terpilih bermula serta-merta, sebelum diperluas secara berperingkat ke semua sekolah berasrama di seluruh negara.

Menurut KPM, langkah ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan kementerian untuk memperkukuh pemantauan, mencegah insiden tidak diingini, dan mewujudkan ekosistem selamat serta kondusif bagi semua murid. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings