the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
30.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gempa bumi Segamat: Petronas Gas sahkan tiada kesan pada operasi paip

KUALA LUMPUR: Petronas Gas Bhd (PGB) mengesahkan semua infrastruktur dan kemudahan saluran paip gas di kawasan yang dilanda gempa bumi kecil berhampiran Segamat, Johor awal pagi tadi kekal selamat sepenuhnya dan beroperasi seperti biasa.

“Sejurus menerima makluman mengenai gegaran itu, pasukan teknikal dan wilayah kami segera melaksanakan protokol keselamatan standard yang sedia ada bagi menghadapi kejadian seumpama ini di seluruh wilayah selatan,” kata syarikat minyak dan gas itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai sebahagian daripada prosedur yang ditetapkan, PGB berkata pemeriksaan telah dijalankan di Stesen Pemampat Segamat, Stesen Kawalan Segamat dan di sepanjang laluan saluran paip yang berkaitan.

Sehubungan itu, tiada sebarang kelainan atau gangguan dikesan katanya.

“Pemantauan secara langsung melalui sistem kawalan penyeliaan dan pemerolehan data (Scada) kami juga mengesahkan tahap tekanan dan parameter operasi kekal stabil,” katanya.

PGB berkata pihaknya mengekalkan komunikasi aktif dengan pihak-pihak berkuasa tempatan yang berkaitan dan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi mendapatkan maklumat terkini secara berterusan.

“Kami akan terus mengutamakan keselamatan orang awam dan operasi kami sambil melaksanakan pemantauan yang rapi dan bersiap sedia untuk bertindak sekiranya keadaan berubah,” tambahnya.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata berlakunya gegaran gempa bumi lemah bermagnitud 4.1 di Segamat, Johor pada 6.13 pagi tadi dan turut dirasai penduduk di Melaka, Negeri Sembilan dan selatan Pahang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US gives RM1 million for Tugu Negara restoration

US Embassy Chargé d'Affaires David H. Gamble Jr. said the contribution comes from the US government and the American people as a gift for Malaysia in celebration of its 70 years of independence next year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings