the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis rakam keterangan 48 saksi dalam kes penculikan Pamela Ling

KUALA LUMPUR: Polis telah memanggil 48 saksi termasuk empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes penculikan Datin Seri Pamela Ling Yueh.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerjasama erat juga dilakukan dengan agensi-agensi penguat kuasa termasuk SPRM bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara menyeluruh.

“Kerjasama dibuat dengan agensi terkait termasuk Jabatan Imigresen, misalnya kenderaan yang dikatakan digunakan (untuk menculik Pamela) kita temui di utara sempadan Bukit Kayu Hitam-Thailand.

“Ini hanya percayai belum afirmatif,” katanya ketika menggulung usul Rancangan Malaysia Ke-13 bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga berkata polis menyiasat setiap laporan kes penculikan atau kehilangan orang mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dan berdasarkan lunas undang-undang.

Saifuddin Nasution berkata mengikut data dan rekod polis, dalam setiap 10 kes orang hilang, sembilan berjaya ditemukan termasuk yang hidup dan yang sudah meninggal dunia.

“Secara spesifik insiden orang hilang ini, daripada segi data tidaklah memberi gambaran yang tahap (keselamatan awam) membimbangkan, namun kita tak boleh ambil sikap sindrom penafian kerana kalau melibatkan nyawa, ia adalah penting daripada perspektif polis dan kita guna seluruh kekuatan untuk atasinya,” kata beliau.

Mengulas mengenai isu keselamatan sempadan negara, beliau berkata pihak berkuasa mengesan 71 laluan haram untuk aktiviti penyeludupan di sepanjang sempadan Sarawak, Malaysia dengan Kalimantan Indonesia antaranya kawasan panas di Ba’kelalan, Lubuk Antu dan Tebedu.

Kerajaan, katanya, telah meluluskan peruntukan sebanyak 28 juta ringgit kepada Kementerian Dalam Negeri bagi membangunkan tujuh pos kawalan keselamatan tambahan membabitkan antaranya Pos Raso 1 di Lundu, Pos Sapit di Padawan dan Pos Tepoi di Serian.

“Kerajaan juga luluskan peruntukan tambahan 64.318 juta ringgit di bawah peruntukan khas pembangunan sempadan Sarawak yang akan dimanfaat oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Brigade Sarawak untuk pelaksanaan 22 projek melibatkan 14 projek bukan fizikal dan lapan projek fizikal,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata selain itu, bagi mengukuhkan kawalan sempadan di Sarawak, PDRM menubuhkan satu lagi batalian PGA Brigade Sarawak iaitu Batalion 23 di Seri Aman sebagai tambahan kepada tiga batalion sedia ada yang melibatkan penambahan 320 anggota terdiri daripada pegawai kanan polis, pegawai rendah dan penjawat awam. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings