the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Profesional harta tanah tunjang penting ekonomi Malaysia – Lim Hui Ying

KUALA LUMPUR: Profesion penilaian, perejenan dan pengurusan harta tanah merupakan sektor perkhidmatan profesional yang penting serta menjadi antara tunjang utama dalam pertumbuhan ekonomi negara.

Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata profesional dalam bidang itu berupaya membantu meningkatkan keyakinan pengguna dalam membuat keputusan berkaitan harta tanah.

“Para penilai dan ejen harta tanah berdaftar memainkan peranan penting dalam membimbing dan mendidik pengguna, khususnya pembeli untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai pasaran harta tanah.

“Ini membolehkan pembeli membuat keputusan yang bijak dalam memiliki kediaman atau harta tanah impian mereka,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesyen dan Makan Malam Tahunan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH) ke-27.

Lim turut berkata kerajaan yakin LPEPH akan terus melahirkan ahli-ahli yang berkemahiran tinggi dan kompeten, sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara.

“Sangat jelas bahawa LPEPH memainkan peranan penting dalam mempersiapkan ahlinya untuk menjadi profesional yang mampu menyumbang kepada ekonomi.

“Kerajaan akan terus menyokong setiap perkhidmatan dan program yang dilaksanakan oleh LPEPH,” katanya.

Majlis itu turut meraikan seramai 29 penilai berdaftar, 46 ejen harta tanah berdaftar, 79 graduan diploma perejenan harta tanah dan empat penerima anugerah pelajar cemerlang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings