the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
21.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Selangor FC berdepan jiran ASEAN di ACL2

KUALA LUMPUR: Naib juara Liga Super musim lalu, Selangor FC bakal berdepan cabaran daripada kelab-kelab jiran serantau selepas diundi dalam kumpulan yang terdiri sepenuhnya daripada pasukan Asia Tenggara bagi saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) 2025/26.

Pada majlis undian yang berlangsung di sini hari ini, skuad bimbingan Katsuhito Kinoshi itu diundi dalam Kumpulan G bersama wakil Thailand, Bangkok United, juara Liga Premier Singapura, Lion City Sailors, dan Persib Bandung (Indonesia).

Kesemua kelab dalam Kumpulan G berasal dari rantau ASEAN sekali gus menjanjikan persaingan seimbang memandangkan mereka sudah mengenali kekuatan serta corak permainan masing-masing.

Pengurus Selangor FC, Mahfizul Rusydin, berharap pasukannya mampu mara ke pusingan kalah mati sekali gus memperbaiki rekod terdahulu yang tersingkir seawal peringkat kumpulan.

“Kami tidak sabar untuk membuat penampilan kali kedua berturut-turut dan berharap kali ini penyertaan kami tidak terhenti di peringkat kumpulan. Sasaran kami adalah untuk mara ke pusingan 16 terbaik, di mana kami berpeluang bertemu kelab dari zon Barat,” katanya ketika ditemui selepas majlis undian.

Sebagai rekod, Selangor FC turut bersaing di ACL2 musim lalu namun sekadar berpuas hati menamatkan saingan di tangga ketiga Kumpulan H – BERNAMA

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings