the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 16, 2026
29 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Bomba ambil 2 hari selamatkan Orang Asli dipatuk ular di Gerik

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Mangsa dipatuk ular berbisa di hutan Gerik berjaya diselamatkan selepas operasi 2 hari bomba melalui perjalanan 10 jam dan helikopter.

GERIK: Seorang lelaki Orang Asli berjaya diselamatkan bomba selepas dipatuk ular berbisa semasa mencari hasil hutan di Pos Kemar, Kampung Agek dekat Gerik.

Mangsa berusia 48 tahun dikenali sebagai Sali Seruliou mengalami kesukaran bergerak akibat patukan haiwan berbisa tersebut.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak menerima panggilan kecemasan pada 4.05 petang semalam.

Sepuluh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik bersama pihak polis bergerak ke lokasi kejadian sejauh 40 kilometer.

Pasukan penyelamat dengan bantuan tiga malim gunung dan orang awam memulakan operasi pada 1.45 pagi.

Mereka tiba di lokasi mangsa pada 11.30 pagi selepas perjalanan selama kira-kira 10 jam.

“Untuk sampai ke lokasi, pasukan penyelamat perlu mendaki bukit dan menempuh hutan belukar,” kata Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Perak Shazlean Mohd Hanafiah.

Mangsa diberikan rawatan awal mengikut pesanan doktor dengan ubat penghilang kesakitan.

“Mangsa diminta untuk tidak bergerak terlalu banyak,” tambah Shazlean.

Mangsa kemudian terpaksa dibawa keluar menggunakan helikopter memandangkan keadaannya yang sukar bergerak.

Lima anggota bomba mengalami kecederaan ringan akibat jarak perjalanan jauh dan bentuk muka bumi yang mencabar.

Kerja-kerja menyediakan kawasan pendaratan helikopter mengambil masa kira-kira tiga jam.

Mangsa dan anggota lain dibawa ke Hospital Gerik melalui Lapangan Terbang Gerik untuk rawatan lanjut.

Operasi penyelamatan tamat sepenuhnya pada 6 petang hari ini selepas mengambil masa hampir dua hari. – Bernama

BACA:

Bomba Terengganu siap siaga hadapi musim tengkari

Bomba Melaka kompaun 29 kes halang pili bomba

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Orphanage fire kills 11 as Algeria struggles in heatwave

Fire at an Algiers orphanage kills 11, including children, as Algeria battles a heatwave and hundreds of wildfires nationwide

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings