the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
27 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Buli di MRSM: siasat secara menyeluruh sebelum laksana hukuman

TAIPING: Siasatan secara menyeluruh perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum tindakan tegas diambil terhadap mereka yang terlibat dalam kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) baru-baru ini.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ini bagi memastikan hukuman itu bersifat adil dan saksama kepada semua pihak yang terlibat dalam isu terbabit.

“Paling penting kita nak pastikan tindakan tegas kepada sesiapa yang benar-benar bersalah dan kita juga nak pastikan mangsa (buli) diberikan perlindungan supaya dapat terus hidup dalam keadaan tenteram.

“Dalam masa yang sama, saya tak mahu sebarang isu yang terkait dengan masalah disipilin, terutama membabitkan hal buli, disorok dan cuba ditutup oleh sesiapa,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Taiping di Hotel Taiping Perdana di sini hari ini.

Semalam, Asyraf dalam satu kenyataan menegaskan sebarang perbuatan buli, sama ada berbentuk fizikal atau mental tidak boleh dikompromi berikutan perlakuan itu satu bentuk jenayah selain meminta sesiapa yang mempunyai maklumat berkaitan kes buli di MRSM supaya terus memaklumkan kepadanya.

Ia susulan satu tangkap layar dikongsi pakar kewangan Islam Dr Zaharuddin Abd Rahman menerusi laman Facebook meminta Asyraf Wajdi mengambil tindakan terhadap insiden diadukan seorang ibu yang mengatakan anak lelakinya, pelajar tingkatan satu yang menuntut di sebuah MRSM, dibuli pelajar senior.

Asyraf Wajdi berkata hukuman yang dikenakan kepada mana-mana pesalah juga seharusnya dijadikan iktibar supaya ia tidak diikuti oleh pelajar MRSM lain.

Selain itu, beliau berkata buat masa ini penyusunan beberapa program bersifat proaktif sedang giat dilaksanakan bertujuan meningkatkan nilai hidup bermasyarakat serta adab dalam kalangan pelajar MRSM.

“Kita tak mahu lahirkan robot-robot bernyawa yang cerdik dan boleh buat apa sahaja yang diperlukan tetapi tiada roh dan tiada jiwa.

“Sebab itu pembentukan watak dan akal ini mesti disekalikan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Author born from notebook scribblings on Sydney trip

Already ‘wired for brilliant stories’ at age 14, self-described mega-introvert discovers driving force for calling in handwritten travel jottings from 21 years ago

Successful debut of International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services in Hong Kong

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 20 June 2026 – Hong Kong's Government Flying Service (GFS) held its inaugural three-day International Symposium on Emergency Response and Aeromedical Services (ISERAS) (June 16-18), bringing together more than 230 policymakers, experts and academics, and industry representatives from over 70 institutions and accredited organisations.

Swire Coca-Cola HK Refreshes the 2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Festival...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 20 June 2026 - Bringing a refreshing wave to a beloved cultural tradition, Swire Coca-Cola HK has become the Official Beverage Sponsor for the "2026 Sun Life Hong Kong International Dragon Boat Races", organised by the Hong Kong Tourism Board. Running from 19 June to 1 July, the brand is set to energise athletes, locals, and tourists alike with thirst-quenching beverages and an eye-catching festive photo spot.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings