Monday, November 17, 2025
32.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Calon PH janji bina sekolah menengah baharu di DUN Merotai

Calon PH DUN Merotai janji bina sekolah menengah baharu, selesaikan masalah lampu jalan dan parit jika menang PRN Sabah

TAWAU: Sebuah lagi sekolah menengah perlu dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri Merotai bagi menampung keperluan pendidikan penduduk setempat.

Calon Pakatan Harapan bagi DUN Merotai Datuk Ruji Ubi berikrar akan memperjuangkan hasrat penduduk tempatan itu sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Ruji berkata dengan hanya dua pilihan iaitu SMK Merotai dan SMK Abaka, ramai pelajar terpaksa menempuh perjalanan jauh ke bandar Tawau untuk meneruskan persekolahan.

“Terdapat keperluan untuk sebuah lagi sekolah menengah dibina di DUN Merotai, perkara ini antara yang pernah saya suarakan semasa menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan,” katanya.

Beliau berkata komitmennya itu selari dengan visi untuk memajukan DUN Merotai serta memastikan anak-anak tempatan mendapat peluang pendidikan yang adil.

Ruji juga akan memberikan perhatian terhadap dua masalah utama di kawasan Air Panas iaitu kekurangan lampu jalan dan isu penyelenggaraan parit.

Calon PH itu berdepan saingan empat penjuru di DUN Merotai yang terletak dalam Parlimen Tawau.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 November sebagai tarikh pengundian bagi PRN Sabah ke-17 yang membabitkan 73 kerusi DUN.

Undi awal akan diadakan pada 25 November. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories