the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Covid-19: KKM sedang kemas kini SOP, akan diumum dalam masa terdekat – Dr Zaliha

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang akan diumum dalam masa terdekat.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata ia susulan pengumuman Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 5 Mei lepas yang memutuskan bahawa Covid-19 bukan lagi dikategori sebagai kecemasan kesihatan global (PHEIC).

Bagaimanapun, beliau menasihati rakyat Malaysia untuk kekal mengamalkan SOP sedia ada dan keselamatan kendiri termasuk memakai pelitup muka ketika di tempat awam terutama mereka yang bergejala, mensanitasi tangan serta menjaga kebersihan diri.

“Kami di KKM sedang membincangkan langkah perlindungan terkini yang akan dilaksanakan kepada rakyat dalam masa terdekat meskipun Covid-19 tidak lagi menjadi kecemasan kesihatan yang menjadi kepentingan antarabangsa ataupun PHEIC,” katanya menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook hari ini.

Dilaporkan, WHO memutuskan bahawa pandemik Covid-19, yang telah mengorbankan lebih 6.9 juta nyawa di seluruh dunia, tidak lagi dikategori sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa selepas ia melanda sejak tiga tahun lepas. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings