the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 14, 2026
32.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

ALOR SETAR: Penduduk di kawasan berisiko banjir dinasihatkan agar mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah terutamanya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu akibat peralihan Monsun Timur Laut (MTL) yang sedang melanda negara.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.

“Dalam keadaan tidak menentu ini, ikut arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerana mereka mempunyai maklumat yang jelas dan lengkap … keadaan pasang surut sungai, laut semua mereka tahu.

“Jadi, tolong dengar supaya usaha penyelamatan dapat dilakukan sebaik mungkin, dengan tertib dan terancang. Jangan tangguh lama-lama, utamakan keselamatan dahulu berbanding perkara lain,“ katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, di sini hari ini.

Aiman Athirah berkata beliau turut diberi taklimat oleh JBPM dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) mengenai kejadian banjir lepas dan persiapan yang akan dilakukan pada masa akan datang dalam usaha untuk terus memberikan khidmat terbaik kepada seluruh rakyat.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan luruan monsun dijangka bermula 16 hingga 20 Dis ini yang berpotensi menyebabkan hujan berterusan di utara dan timur Semenanjung, selatan dan barat Sarawak serta timur Sabah dalam tempoh berkenaan.

Sehubungan dengan itu, METMalaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) yang melibatkan utara dan timur Semenanjung berkuat kuasa 16 hingga 19 Dis.

Terdahulu pada majlis berkenaan, Aiman Athirah turut menyampaikan kit sumbangan banjir kepada 14 anggota JBPM dan tujuh anggota SWCorp negeri yang turut terjejas dalam kejadian banjir baru-baru ini menerusi program Santuni Kasih Skuad Ihsan MADANI dan menyantuni Wira Merah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Optimax enters strategic collaboration with Prudential

Optimax and Prudential are joining forces to make myopia management more accessible for Malaysian children, combining clinical expertise with insurance convenience under one package.

Lianson Fleet acquires two Ultramax bulk carriers for RM213m, expanding fleet to 41 vessels

The acquisition of two Ultramax bulk carriers marks Lianson Fleet's entry into a larger vessel class, stepping above its existing Supramax fleet as the group sharpens its focus on global dry bulk shipping markets.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings