the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Deaflympics 2025: Edmund -Wei Ying hadiahkan gangsa berharga Malaysia

Beregu campuran Edmund Teo-Boon Wei Ying sumbang pingat gangsa pertama Malaysia di Deaflympics 2025 selepas tewaskan pasangan India

TOKYO: Beregu campuran negara, Edmund Teo-Boon Wei Ying menyumbang pingat pertama buat kontinjen Malaysia di Deaflympics 2025 selepas menundukkan pasangan India dalam perlawanan penentuan gangsa di sini hari ini.

Dalam aksi di Keio Arena Tokyo, Edmund-Wei Ying hanya memerlukan 39 minit untuk menewaskan  Abhinav Sharma-Jerlin Jayaratchagan 21-13, 23-21.

Kejayaan itu sekali gus mengubati kekecewaan gagal mara ke final untuk memburu emas pertama negara selepas tewas kepada gandingan Korea Selatan dalam aksi separuh akhir sebelum ini.

Sementara itu, Edmund berkata perjalanan mereka ke podium yang penuh cabaran menjadikan kemenangan itu cukup bermakna.

“Kalau ikutkan pada waktu mata akhir yang ke-20 tadi, memang saya yakin kita boleh menang tapi (tidak mengapa). Kami telah memberikan sehabis baik untuk Malaysia semasa perlawanan tadi,” katanya kepada pemberita melalui jurubahasa isyarat.

Rakan gandingannya, Wei Ying yang kelihatan beremosi sebaik perlawanan berakhir berkata perasaan itu hadir selepas mereka gagal menempah slot final, namun tetap bersyukur dengan kejayaan meraih gangsa.

“Walaupun bukan emas, kami tetap berjaya menghadiahkan pingat untuk Malaysia dan kami berterima kasih kepada barisan kejurulatihan yang sentiasa memberi dorongan untuk ke Deaflympics 2025,” katanya.

Lebih manis apabila Edmund-Wei Ying berjaya menebus kekalahan terhadap gandingan India itu yang menewaskan mereka pada perlawanan akhir Deaflympics edisi 2022.

Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDEAF) sebelum ini menyasarkan tiga pingat emas pada Deaflympics 2025 termasuk dua daripada acara badminton. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings