the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

DeepSeek berupaya pacu penerimagunaan ai di Malaysia, tarik pelabur global – Fadillah

KUALA LUMPUR: DeepSeek menawarkan peluang baharu kepada pelabur kewangan yang berhasrat menyokong perkembangan selanjutnya perniagaan dipacu kecerdasan buatan (AI) di Malaysia yang tidak terbatas hanya kepada teknologi, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

DeepSeek adalah syarikat AI China yang meraih perhatian segera berikutan langkahnya membangunkan model bahasa AI lanjutan dan penyelesaian perniagaan.

“Dengan mengurangkan cabaran kepada penerimagunaan AI, DeepSeek mengupaya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menyepadukan penyelesaian AI dalam operasi mereka, meningkatkan produktiviti dan daya saing global,” katanya dalam ucaptama pada Forum AI Pan Pasifik Malaysia – Pelaburan dan AI dalam Dunia yang Berubah di sini hari ini.

Beliau menekankan bahawa walaupun teknologi merupakan pemacu kemajuan, modal adalah pendorong yang menggerakkannya ke hadapan.

“Malaysia telah sekian lama menjadi destinasi pilihan bagi pelabur antarabangsa dan kami komited untuk memperkukuh kedudukan kami sebagai hab pelaburan global.

“Agenda pendigitalan kami telah menarik syarikat gergasi teknologi global utama, dengan Oracle, Microsoft, Google dan Amazon secara kolektif komited untuk melabur US$14.7 bilion. Perkongsian strategik ini membuktikan potensi Malaysia sebagai ekonomi digital terkemuka di Asia Tenggara,” kata Fadillah.

Forum AI Pan Pasifik Malaysia menghimpunkan wakil kerajaan, perniagaan, masyarakat dan pemimpin agensi, perniagaan serta perusahaan dalam industri AI.

Forum ini membincangkan mengenai pasaran baharu, isu undang-undang dan dasar, aliran politik dan ekonomi, teknologi baharu, perspektif pengguna teknologi maklumat dan komunikasi dan peluang perniagaan dalam pasaran global.

Pada tahun ini, forum berkenaan memfokuskan perbincangan mengenai AI dan aspek berkaitan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings