the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Disangka rusa dua cedera terkena tembakan di Kota Belud

KOTA BELUD: Dua lelaki cedera ditembak akibat disangka rusa ketika mencari herba tumbuh-tumbuhan di kawasan kebun di Kampung Gaur, di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Supt Shahrudin Mat Husain berkata pihaknya menerima maklumat kejadian daripada Unit Kecemasan Hospital Kota Belud pada 3.08 pagi.

“Pihak hospital memaklumkan terdapat dua pesakit yang diberikan rawatan dipercayai terkena tembakan. Susulan kejadian ini, polis menahan seorang lelaki berusia 45 tahun dan merampas selaras senapang patah buatan sendiri ‘bakakuk’ bersama satu kelongsong peluru bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut mendapati, ketika kedua-dua mangsa dan suspek masuk ke kebun sebelum berpecah…suspek yang membawa senjata berkenaan telah melepaskan tembakan ke arah mangsa yang disangkakan seekor rusa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian perut, paha serta kaki dan dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dibaca beraama Seksyen 37 akta yang sama. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya sekali,“ katanya.

Shahrudin turut menasihatkan orang awam supaya tidak menyimpan atau memiliki senjata api tanpa lesen yang sah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Toblerone presents ” The Ultimate Gift “: The Toblerone Crystal Bar crafted by Swarovski

An iconic Swiss chocolate brand meets one of the world's most celebrated names in crystal artistry to bring 'Never Square' to life. Creating something unexpected, something beautiful, and something that gives back: Toblerone today announces The Ultimate Gift.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings