the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, January 24, 2026
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Doxing adalah jenayah, boleh dikenakan tindakan undang-undang – KPN

Ketua Polis Negara ingatkan doxing atau dedah maklumat peribadi tanpa kebenaran adalah kesalahan jenayah di bawah beberapa akta sedia ada

KUALA LUMPUR: Perbuatan doxing atau mendedahkan maklumat peribadi individu tanpa kebenaran adalah satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan mengikut undang-undang.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan prinsip perlindungan data peribadi terpakai kepada semua individu tanpa mengira latar belakang.

Beliau berkata prinsip itu tidak boleh dijadikan alasan untuk tindakan balas dendam, ugutan atau gangguan dalam talian.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan bahawa perbuatan menyebarkan, mendedahkan atau memaparkan maklumat peribadi seseorang tanpa kebenaran termasuk alamat kediaman, nombor telefon, nombor pengenalan diri dan maklumat keluarga adalah satu perbuatan jenayah dan tidak boleh diterima dalam apa jua keadaan,” katanya.

Perbuatan itu boleh disiasat mengikut beberapa peruntukan sedia ada termasuk Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ia juga boleh disiasat di bawah Seksyen 130 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 serta Seksyen 507E, 507F (1) atau 507F (2) Kanun Keseksaan.

Mohd Khalid mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang bentuk penyebaran maklumat peribadi.

Beliau menyeru orang ramai mengamalkan etika dan bertanggungjawab dalam penggunaan platform digital.

“PDRM tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati melanggar undang-undang berkaitan, selaras dengan prinsip kedaulatan undang-undang dan keselamatan awam,” katanya.

Mohd Khalid berkata PDRM mengambil maklum mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung isu itu.

Menurut laporan media, Saifuddin Nasution menasihati orang ramai agar tidak melakukan sebarang ugutan, gangguan dalam talian atau mendedahkan maklumat peribadi bekas wartawan sebuah portal berita serta ahli keluarganya.

Nasihat itu susulan kenyataan lelaki berkenaan pada satu forum baru-baru ini.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

SeABank reports balanced growth, pre-tax profit reaches nearly VND6.9 trillion in 2025

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire - 23 January 2026 - Vietnam's Southeast Asia Commercial Joint Stock Bank (SeABank) announced its 2025 business results, reporting balanced growth in both scale and efficiency.
spot_img

Popular Categories