the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua bekas pengikut Ayah Pin antara 13 ditahan berhimpun luar istana

Polis sahkan dua bekas pengikut Ayah Pin antara 13 individu ditahan berhimpun luar Istana Kubang Kerian, lima positif dadah

MACHANG: Polis mengesahkan dua daripada 13 individu yang ditahan kerana berhimpun di luar Istana Negeri, Kubang Kerian pada Selasa lepas merupakan bekas pengikut ajaran sesat Ayah Pin.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata kedua-dua individu berkenaan berusia lingkungan 40-an.

“Siasatan awal menunjukkan mereka mahu menyerahkan barangan lama seperti parang, pedang dan tombak kepada Sultan Muhammad Keenam,” katanya kepada pemberita di Dewan Profesional, Universiti Teknologi MARA Kampus Machang.

Beliau berkata peranan beberapa individu lain termasuk Orang Asli yang turut terbabit masih dalam siasatan.

Lima daripada kumpulan itu juga disahkan positif dadah menurut Mohd Yusoff.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Semalam, Bernama melaporkan seorang wanita dan tiga Orang Asli antara 13 individu berusia 26 hingga 67 tahun yang direman empat hari.

Sementara itu, Mohd Yusoff berkata polis mengesan perubahan modus operandi sindiket pengedaran dadah yang dipercayai beralih dari Pantai Timur ke negeri-negeri utara.

“Saya dimaklumkan oleh rakan sejawat di Kedah dan Perlis mengenai banyak tangkapan baharu membabitkan dadah bernilai tinggi dan dalam kuantiti besar,” ujarnya.

Beliau berkata ini menunjukkan kemungkinan pengedar di Kelantan telah berpindah ke sana susulan kawalan yang semakin diperketat.

Indeks jenayah di Kelantan menurun 27% tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas khususnya melibatkan jenayah harta benda.

Namun bagi jenayah kekerasan seperti bunuh, rogol, samun dan mencederakan orang menggunakan senjata, terdapat sedikit peningkatan sebanyak 3%. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings