the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua cedera dalam nahas libatkan treler dan lori di Sungai Petani

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

SUNGAI PETANI: Seorang pemandu lori dan seorang pekerja warga Myanmar cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan lori tujuh tan di Kilometer 106.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, berhampiran susur keluar ke Sungai Petani Utara di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Guar Chempedak Penolong Penguasa Bomba Mohd Happyzam Abd Rasid berkata kejadian melibatkan lima mangsa, dengan tiga daripadanya tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.51 malam dan sebelum anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Pemandu lori dan lelaki warga Myanmar masing-masing berusia 30-an mengalami cedera ringan manakala pemandu treler berusia 49 tahun serta dua lelaki warga Myanmar berusia 30-an dilaporkan selamat,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kelima-lima mangsa berada dalam keadaan sedar dan berjaya keluar daripada kenderaan masing-masing sebelum pasukan penyelamat tiba.

“Mangsa yang cedera dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS untuk rawatan lanjut. Operasi tamat pada 10.11 malam,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img