the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua individu dikenal pasti kes pemalsuan pemain warisan

Polis mengenal pasti dua individu disyaki terlibat dalam kes pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan FAM yang dikemukakan kepada FIFA.

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengenal pasti dua individu dipercayai terlibat dalam kes pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Usaha mengesan kedua-dua individu itu kini sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan lanjut, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa.

Beliau berkata pihak polis setakat ini telah menerima 45 laporan berhubung isu berkenaan, termasuk satu laporan daripada FAM.

Sebanyak 43 saksi telah dirakam percakapan bagi melengkapkan siasatan kes ini.

Siasatan awal mendapati proses pemerolehan taraf kewarganegaraan tujuh pemain warisan itu dilaksanakan mengikut prosedur dan undang-undang sedia ada.

Bagaimanapun, siasatan kini menjurus kepada elemen penipuan dan pemalsuan dokumen semasa proses pendaftaran pemain kepada FIFA.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Rusdi menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

Beliau memberi jaminan PDRM komited memastikan ketelusan serta integriti siasatan sentiasa diutamakan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings