Wednesday, November 12, 2025
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua lagi mayat ditemui dalam operasi bot karam di Langkawi

Operasi SAR bot karam di Langkawi temui dua lagi mayat, jumlah korban meningkat kepada 22 orang dengan 14 mangsa selamat setakat ini

LANGKAWI: Operasi mencari dan menyelamat mangsa bot karam di perairan sempadan Malaysia-Thailand memasuki hari keempat dengan penemuan dua lagi mayat pagi tadi.

Penemuan terbaru ini meningkatkan jumlah mangsa maut kepada 22 orang manakala 14 lagi berjaya diselamatkan selamat.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata Pasukan Polis Marin menemui satu mayat lelaki terapung di perairan berhampiran Pulau Singa Besar pada jam 10.10 pagi.

“Mayat berkenaan dibawa ke Jeti Maritim Malaysia oleh bot PSC 19 dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tidak lama kemudian, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia turut memaklumkan penemuan satu mayat lelaki di Selat Chincin berhampiran Pulau Anak Datai.

Mayat kedua turut dibawa ke Jeti Kubang Badak dan diserahkan kepada polis untuk proses seterusnya.

Operasi yang disambung semula pada 7.30 pagi tadi telah diperluas merangkumi keluasan 329.67 batu nautika persegi.

Kawasan pencarian dibahagikan kepada 14 sektor berbeza untuk memastikan liputan menyeluruh.

Sebanyak 200 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi terlibat dalam operasi besar-besaran ini.

Kekuatan operasi merangkumi 14 aset udara dan laut dari Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Polis Marin serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Encouraging first half of financial year 2025/2026 for HEIDELBERG thanks to much improved profitability

HEIDELBERG, GERMANY - News Aktuell - 12 November 2025 - Despite a challenging macroeconomic climate, business developed robustly, and profitability improved significantly at Heidelberger Druckmaschinen AG (HEIDELBERG) during the first half of financial year 2025/2026 (April 1 to September 30, 2025).

Trend Micro Named a Leader in Worldwide Consumer Digital Life Protection by IDC MarketScape

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 12 November 2025 - Trend Micro Incorporated (TYO: 4704; TSE: 4704), a global cybersecurity leader, has been recognized as a Leader in the IDC Marketscape: WorldwideConsumer Digital Life Protection 2025 Vendor Assessment (doc #US52976725, October 2025).

Most Viewed

spot_img

Popular Categories