the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua lelaki maut terperangkap dalam lubang pembentung di Jitra

ALOR SETAR: Dua lelaki maut selepas terperangkap di dalam lubang pembentung di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kemunting di Jitra, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Bustan Karudin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.29 pagi sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

Beliau berkata kedua-dua mangsa berusia 27 dan 31 tahun itu berada di dalam lubang pembentung sedalam kira-kira 4.5 meter.

“Anggota bomba menggunakan alat pengesan gas bagi memastikan tahap bahaya gas yang ada di lokasi sebelum turun ke dalam lubang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Bustan berkata kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 12.32 tengah hari tadi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings