the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua maut, empat cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru

Kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru awal pagi tadi mengorbankan dua pemuda dan mencederakan empat lagi mangsa.

JOHOR BAHRU: Dua pemuda maut manakala empat lagi individu cedera dalam satu kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru awal pagi tadi.

Kejadian berlaku di Kilometer 45.6 lebuh raya berkenaan.

Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.37 pagi.

Sebuah jentera bersama lapan anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian.

Pasukan tiba di lokasi pada 5.58 pagi dan menemui kemalangan melibatkan sebuah Proton Saga, Proton Wira dan Perodua Myvi.

Komander Operasi PBK I Nazarudin Yusof berkata dua mangsa lelaki yang tersepit berusia 21 dan 19 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pasukan bomba menjalankan operasi mengeluarkan dua mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas kemalangan jalan raya sebelum semua mangsa diserahkan kepada pihak polis dan KKM,” katanya.

Mangsa berusia 21 tahun menaiki Proton Saga manakala mangsa 19 tahun berada di dalam Proton Wira.

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun didapati tidak sedarkan diri dalam kejadian itu.

Empat lagi mangsa dewasa mengalami pelbagai kecederaan.

Operasi penyelamatan dikawal sepenuhnya pada pukul 7 pagi dan ditamatkan kira-kira 7.30 pagi.

Siasatan lanjut berhubung punca kemalangan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

A Pandastic Summer Birthday Celebration at Ocean Park Chance to win the all-new MAXUS...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Ocean Park is set to ignite a summer of joy with the Pandastic Summer Birthday Celebration for its entire family of six beloved giant pandas, running from now until 31 August 2026.

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings