the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Dua maut, empat cedera selepas kereta dirempuh jengkaut

SEREMBAN: Dua maut manakala empat lagi cedera ringan apabila kereta dinaiki mereka merempuh sebuah jengkaut yang sedang membantu kerja-kerja pemasangan kabel di persimpangan lampu isyarat Kampung Gelam, Port Dickson, dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Aidi Sham Mohamed berkata yang maut dalam kejadian pukul 1.45 pagi itu ialah pemandu lelaki berumur 24 tahun dan penumpang wanita yang merupakan pelajar kolej berusia 18 tahun.

Beliau berkata empat lagi penumpang yang berumur dalam lingkungan 16 hingga 19 tahun mengalami kecederaan ringan, manakala pemandu jengkaut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Aidi Sham berkata berdasarkan siasatan awal kejadian berlaku semasa kereta yang dari arah Port Dickson menghala ke Seremban itu cuba mengelak ‘kon’ di jalan berkenaan semasa tiba di lokasi, yang menyebabkan ia terbabas dan merempuh sebuah jengkaut yang sedang menggali lubang untuk pemasangan kabel bawah tanah.

“Akibat perlanggaran pemandu serta seorang penumpang kereta itu tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dihantar ke Hospital Port Dickson untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkenaan kemalangan itu boleh berhubung dengan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Port Dickson di talian 06-6472222.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings