the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 29, 2025
23.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Dua pemandu cedera dalam kemalangan bas ekspres dan lori di Jasin

Pemandu bas dan lori cedera dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan Jasin, manakala 10 penumpang terselamat tanpa kecederaan

JASIN: Seorang pemandu bas ekspres dan seorang pemandu lori cedera dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara–Selatan arah utara di sini.

Kesemua 10 penumpang bas ekspres terselamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Jasin Supt Lee Robert berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu kira-kira 1.45 tengah hari.

Kemalangan itu melibatkan sebuah lori membawa dedak dari Bukit Gambir, Johor ke Alor Gajah dan sebuah bas ekspres dari Larkin, Johor ke Seremban, Negeri Sembilan.

“Siasatan awal mendapati lori yang dipandu lelaki berusia 69 tahun itu sedang bergerak lurus di lorong kiri dan tidak perasan bas ekspres dipandu lelaki berusia 44 tahun yang berada di lorong sama sedang bergerak perlahan sebelum melanggar belakang bas berkenaan,” katanya.

Akibat perlanggaran itu, pemandu lori mengalami luka di kepala dan tangan manakala pemandu bas mengalami sakit kaki.

Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Lee Robert berkata kesemua penumpang bas ekspres telah meneruskan perjalanan dengan menaiki bas lain.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Listed Chinese Restaurant Chain XIAO NOODLES Hits Dual Milestone: Opens First Singapore Store at Iconic 313@Somerset for Its 500th Global Outlet

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 29 December 2025 - XIAO NOODLES, a leading publicly listed Chinese quick-service restaurant (QSR) chain on the Hong Kong Stock Exchange (HKEX: 02408), has achieved a notable corporate milestone with the grand opening of its 500th global location.

First Phosphate Common Shares Added to the CSE25 Index

Saguenay, Quebec - Newsfile Corp. - December 29, 2025 - First Phosphate Corp. (CSE: PHOS) (OTCQX: FRSPF) (FSE: KD0) ("First Phosphate" or the "Company") is pleased to announce that, effective December 19, 2025, its common shares have been added to the CSE25 Index as part of the Canadian Securities Exchange's ("CSE") quarterly index rebalancing.

AZX, an Oder-Book DEX, Debuts Beta Testing with Breakthrough Performance and Innovation

PANAMA CITY, PANAMA - Media OutReach Newswire - 29 December 2025 - AZX, a next-generation decentralized exchange (DEX) built on the trading-optimized AZ Axis blockchain network, announced the launch of its Beta testing, introducing groundbreaking performance capabilities and innovative features designed to bridge the gap between traditional finance and decentralized trading.

Most Viewed

AZX, an Oder-Book DEX, Debuts Beta Testing with Breakthrough Performance and Innovation

PANAMA CITY, PANAMA - Media OutReach Newswire - 29 December 2025 - AZX, a next-generation decentralized exchange (DEX) built on the trading-optimized AZ Axis blockchain network, announced the launch of its Beta testing, introducing groundbreaking performance capabilities and innovative features designed to bridge the gap between traditional finance and decentralized trading.
spot_img

Popular Categories