the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

DUN Kelantan lulus RUU Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Kelantan) 2024

KOTA BHARU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan (Kelantan) 2024 bagi kawalan dan pelesenan untuk perkara berkaitan.

RUU itu dibentangkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Hilmi Abdullah dan dibahaskan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) diikuti penggulungan daripada Timbalan Menteri Besar Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, sebelum dibaca buat kali kedua dan ketiga.

Seterusnya, diluluskan dengan sebulat suara di hadapan Timbalan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohamed Fared Mohamed Zawawi.

Terdahulu, Hilmi ketika membentangkan RUU itu berkata ia amat penting untuk kerajaan negeri menggubal dan menguatkuasakan satu undang-undang negeri yang berteraskan Syariah Islam, khusus bagi mengawal pelesenan hiburan dan tempat-tempat hiburan dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

“Tidak dapat kita nafikan bahawa hiburan merupakan suatu perkara yang disenangi oleh naluri fitrah manusia memandangkan ia adalah jalinan antara keindahan bahasa, keunikan budaya dan kecantikan seni yang mampu melahirkan emosi positif di dalam diri kita.

“Kerajaan negeri bertanggungjawab dalam melestarikan warisan seni dan budaya masyarakat tempatan supaya tidak lapuk ditelan zaman, serta perlu mengambil kira kelangsungan hidup penggiat industri seni tempatan, dengan memastikan aktiviti-aktiviti hiburan berlandaskan Islam boleh dijalankan di Kelantan,” katanya pada persidangan DUN Kelantan hari ini.

Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan Negeri Kelantan tahun 1998 telah digubal dan diluluskan pada 8 Nov 1998 bagi menggantikan Ordinan Panggung Wayang dan Tempat-tempat Hiburan 1955 (peluasan kepada Kelantan) yang telah dimansuhkan.

Hilmi berkata sejak pemakaian dan penguatkuasaan enakmen ini, tiada sebarang pindaan atau penambahbaikan dibuat sejak 26 tahun lepas dengan tiada sebarang pindaan seiring dengan perubahan semasa sehingga menyebabkan terdapat banyak kelompangan yang menimbulkan kesulitan dari segi pelaksanaannya.

“Enakmen yang baharu digubal ini telah mengambil kira perubahan masa, tiada lagi kelompangan undang-undang dan menjamin pelaksanaan yang efektif, malah nilai-nilai Islam dalam hiburan tidak pernah ditinggalkan sejajar dengan dasar membangun bersama Islam,” katanya.

Persidangan DUN bersambung esok.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings