the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ekonomi M’sia kukuh, kemungkinan bankrap seperti Sri Lanka amat tipis: Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia jauh lebih kukuh daripada Sri Lanka jika dibandingkan indikator ekonomi kedua-dua negara, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Sehubungan itu, beliau berkata kemungkinan untuk negara bankrap seperti Sri Lanka adalah amat tipis.

Katanya Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) juga tidak pernah menyatakan Malaysia mengalami masalah ekonomi yang mengakibatkan negara muflis, sebaliknya mereka yakin dengan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia.

“Pada April tahun ini, IMF telah menyuarakan keyakinan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bagi 2022 akan berkembang pada kadar 5.75 peratus,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) mengenai sama ada tahap keberhutangan Malaysia masih di paras terurus dan penularan di media sosial bahawa Malaysia akan menjadi seperti Sri Lanka.

“Namun demikian, kerajaan perlu terus mengurus kewangan negara secara berhemat dan mengawal tahap hutang dari segi kemampuan,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Addressing medical inflation

Consumers are struggling as medical insurance premiums surge, with over 340,000 dropping coverage amid calls for price regulation and stronger public healthcare

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings