the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat lagi mayat mangsa bot karam ditemui di Langkawi

Operasi carilamat menemui empat lagi mayat mangsa bot karam di perairan Langkawi, menjadikan jumlah keseluruhan 16 kematian setakat ini.

LANGKAWI: Empat lagi mayat mangsa bot karam ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat di perairan sempadan Malaysia-Thailand hari ini.

Penemuan terbaharu ini menjadikan jumlah mangsa maut yang berjaya ditemui setakat ini sebanyak 16 orang.

Seorang mangsa masih hidup turut ditemui di kawasan pantai pulau peranginan itu, menjadikan jumlah mangsa yang selamat sebanyak 14 orang.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Kedah dan Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata operasi disambung semula pada 7.30 pagi meliputi kawasan seluas 272.78 batu nautika persegi.

“Penemuan pertama membabitkan mayat seorang lelaki yang ditemui oleh orang awam berhampiran Pulau Beras Basah kira-kira 10.40 pagi,” katanya dalam kenyataan.

Bot BENTENG 7 terus ke lokasi dan mayat dibawa ke Jeti Maritim Malaysia sebelum diserahkan kepada polis.

KM SIANGIN kemudian menemui mayat kanak-kanak lelaki terapung di perairan Tanjung Chincin.

Mayat tersebut diserahkan kepada bot PERKASA 1226 dan dibawa ke Jeti Teluk Ewa.

Beberapa minit kemudian, KM SIANGIN menemui satu lagi mayat yang belum dikenal pasti identiti di lokasi sama.

Mayat berkenaan diserahkan kepada bot Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk dibawa ke Jeti Teluk Ewa.

Pada 11.20 pagi, bot Tentera Laut Diraja Malaysia melaporkan penemuan mayat kanak-kanak lelaki di kawasan Tanjung Belua.

Mayat tersebut telah diserahkan kepada polis.

Romli berkata Maritim Malaysia bersama semua agensi terlibat kekal komited dalam usaha mengesan mangsa lain yang masih belum ditemui.

“Walaupun keadaan laut bergelora dan keluasan pencarian menjadi cabaran utama, operasi diteruskan dengan mengutamakan aspek keselamatan serta ketepatan pencarian,” katanya.

Sebanyak 130 pegawai daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi pencarian hari ini.

Operasi melibatkan 11 aset termasuk KM SIANGIN, Bot PETIR 81, Bot PERKASA 1226, Bot BENTENG 7 dan pesawat Bombardier CL 415.

Pihak berkuasa Thailand yang turut melakukan operasi mencari dan menyelamat di perairan negara mereka setakat ini menemui sembilan mayat. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings